Program Pembangunan Kapasiti Advokasi Pusat Internet Kluster Kuala Lumpur 2018
16 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 14 - 15 Disember 2018 telah diadakan Bengkel Pembangunan Kapasiti Advokasi Pusat Internet Kluster Kuala Lumpur 2018 bertempat di Pusat Internet PPR Kg Baru Air Panas. Bengkel ini telah disertai oleh 14 orang staf Pusat Internet bagi Kluster Kuala Lumpur. Staf Pusat Internet yang telah mendapat latihan daripada MCMC pada bengkel yang lalu di Genting Highland telah melatih dan memberi penerangan kepada Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet yang berdekatan dengan mereka.
Antara penerangan yang diberikan adalah berkaitan advokasi baru & langkah-langkah pencegahan terhadap masalah siber kini yang semakin membimbangkan. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti taklimat, Latihan Dalam Kumpulan, kuiz, dan lain-lain. Antara modul yang dibincangkan seperti Mengurus Jejak Digital Anda, Klik Dengan Bijak, Mengenal Pasti Muslihat & Penipuan di Internet. Semua staf diberi pelbagai input berkenaan permasalah siber dan langkah-langkah mencegah dengan memberi taklimat kepada komuniti masing-masing untuk mengurangkan pelbagai gejala negatif berkenaan internet dan komputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: